Terlintas dalam fikiran untuk membicarakan perihal perkara yang berlaku dalam masyarakat kini. Tajassus. Apakah itu tajassus ? Menurut ulama tafsir, tajassus adalah mencari-cari aib dan aurah kaum muslimin.
"...dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang ..."
(Al-Hujuraat 49:12).
(Al-Hujuraat 49:12).
"Dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat".
(HR. Bukhari & Muslim)
Rancangan gossip di TV yang mencari kesalahan orang lain, tetap salah. Lebih-lebih lagi menyebarkan aib yang belum tentu sahih. Dikhuatiri akan menjadi fitnah kerana sesungguhnya fitnah itu adalah antara dosa-dosa besar.
Islam tak mengajar kita menghina dan mengaibkan orang lain, terutama sekali seorang pemimpin. Zalim macam mana sekalipun pemimpin itu, nabi tak ajar kita menghina peribadi mereka. Mari kita lihat pesanan Al-Hafizh Ibnu Hibban, "Yang harus dilakukan setiap orang berakal adalah mencari keselamatan, tanpa mencari-cari aib orang lain, sambil meluruskan aib dirinya sendiri. Sebab siapa yang dapat melihat dan memperbaiki aib dirinya tanpa mencari-cari aib orang lain, bererti dia telah mententeramkan dirinya dan tidak membebani hatinya. Selagi dia melihat aib dirinya, tentu dia tidak nampak jika melihat aib serupa pada diri saudaranya."
"Alahh.. Bini sendiri pun tak pakai tudung ada hati nak memimpin negara"
"Bapak ustaz, anak kaki clubbing.."
Perlukah berkata sedemikian ? Ingat ! IMAN TAK DAPAT DIWARISI. Mana tahu satu hari nanti hidayah Allah itu akan sampai. Maka, berdoalah untuk orang lain nescaya malaikat akan mendoakan untuk kamu juga.
Ustaz Asri pernah menyebut, di dalam kita hendak mengkritik pemimpin, ada dua pecahan. Pertama, kritikan peribadi pemimpin. Kedua, kritikan hak rakyat. Kritikan peribadi hendaklah disampaikan secara peribadi manakala kritikan hak rakyat boleh dilontarkan secara terbuka.
Imam Ghazali ada menyebut, perkara yang paling berat di dunia adalah AMANAH. Bayangkan kalau anda di tempat mereka. Wallahualam.