Pages

Thursday 14 November 2013

Mudahnya Membuka Aib

Assalamualaikum w.b.t :)

Terlintas dalam fikiran untuk membicarakan perihal perkara yang berlaku dalam masyarakat kini. Tajassus. Apakah itu tajassus ? Menurut ulama tafsir, tajassus adalah mencari-cari aib dan aurah kaum muslimin.

"...dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang ..."
(Al-Hujuraat 49:12).


"Dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat".
(HR. Bukhari & Muslim)


Rancangan gossip di TV yang mencari kesalahan orang lain, tetap salah. Lebih-lebih lagi menyebarkan aib yang belum tentu sahih. Dikhuatiri akan menjadi fitnah kerana sesungguhnya fitnah itu adalah antara dosa-dosa besar.

Islam tak mengajar kita menghina dan mengaibkan orang lain, terutama sekali seorang pemimpin. Zalim macam mana sekalipun pemimpin itu, nabi tak ajar kita menghina peribadi mereka. Mari kita lihat pesanan Al-Hafizh Ibnu Hibban, "Yang harus dilakukan setiap orang berakal adalah mencari keselamatan, tanpa mencari-cari aib orang lain, sambil meluruskan aib dirinya sendiri. Sebab siapa yang dapat melihat dan memperbaiki aib dirinya tanpa mencari-cari aib orang lain, bererti dia telah mententeramkan dirinya dan tidak membebani hatinya. Selagi dia melihat aib dirinya, tentu dia tidak nampak jika melihat aib serupa pada diri saudaranya."

"Alahh.. Bini sendiri pun tak pakai tudung ada hati nak memimpin negara"
"Bapak ustaz, anak kaki clubbing.."


Perlukah berkata sedemikian ? Ingat ! IMAN TAK DAPAT DIWARISI. Mana tahu satu hari nanti hidayah Allah itu akan sampai. Maka, berdoalah untuk orang lain nescaya malaikat akan mendoakan untuk kamu juga.

Ustaz Asri pernah menyebut, di dalam kita hendak mengkritik pemimpin, ada dua pecahan. Pertama, kritikan peribadi pemimpin. Kedua, kritikan hak rakyat. Kritikan peribadi hendaklah disampaikan secara peribadi manakala kritikan hak rakyat boleh dilontarkan secara terbuka.

Imam Ghazali ada menyebut, perkara yang paling berat di dunia adalah AMANAH. Bayangkan kalau anda di tempat mereka. Wallahualam.



Suka entri nie? Kalau suka Klik 'Like' bole?

Sunday 5 May 2013

Renungan Pra-PRU 13


Assalamualaikum w.b.t :)

Hari ini kamu mencari harta kekayaan dan kesenangan hidup di dunia. Tapi ingatlah ! Kita hidup di dunia adalah untuk mencari kehidupan di akhirat. Islam di hati bukan pada parti. Tapi jalan mencari fitrah Islam itu satu kewajipan.

Pilihlah pemimpin yang adil dan memperjuangkan nasib rakyat. Letakkan kepentingan agama mendahului kepentingan dunia. Jadikan Al-Quran, Hadith dan Sunnah sebagai panduan. Jangan dihina ulamak kerana "Ulama adalah pewaris para nabi" (HR At-Tirmidzi dari Abu Ad-Darda radhiallahu ‘anhu)

Imam Bukhari menyebut kata-kata Umar al-Khattab,  "Hendaklah kamu faqih mempelajari agama, memahami hukum hakam, mempelajari ilmu sebelum kamu dilantik menjadi pemerintah.”

Berpolitiklah secara matang berdasarkan fakta dan kenyataan yang betul lagi sahih. Tidak perlu mengaibkan mana-mana individu dan membuat fitnah jahat kerana fitnah itu satu dosa besar.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Jauhilah kamu daripada sangkaan kerana ia sedusta-dusta bisikan hati, janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, janganlah kamu mendengar-dengar cerita orang, jangan kamu berlumba-lumba untuk menunjukkan kekuasaan di antara satu sama lain, jangan kamu dengki-mendengki, benci-membenci, bermusuh-musuhan dan jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara."

: Hadis Riwayat Imam Malik, Bukhari, Muslim dan Abu Daud


Demokrasi adalah bentuk pemerintahan yang semua warganegara memiliki hak setara dalam mengambil keputusan yang dapat mengubah hidup mereka. Demokrasi mengizinkan warganegara berpartisipasi sama ada secara langsung atau melalui perwakilan; dalam perumusan, pengembangan dan pembuat hukum.

Demokrasi mencakup kondisi sosial, ekonomi dan budaya yang memungkinkan adanya praktik kebebasan politik secara bebas dan setara. Janganlah kerana politik kita bergaduh dan bermusuhan antara satu sama lain.

Janganlah kamu putus silaturahim, jangan kamu bermusuhan, berdengkian dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak halal (haram) seorang Muslim tidak bertegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari.



: Hadis Riwayat Tirmizi

Suka entri nie? Kalau suka Klik 'Like' bole?

Tuesday 9 April 2013

Sah ! Sah !

Assalamualaikum w.b.t :)

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana Dengan Izin-Nya, akhirnya saya dengan sah dan secara rasmi dilantik sebagai ahli barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Unisel 2013/2014. :)

Kronologi :
  1. Hari Penamaan Calon pada 28hb Januari 2013
  2. Majlis Pengenalan Calon pada 4hb Febuari 2013
  3. Hari Pengundian pada 6hb Febuari 2013
  4. Kursus Induksi Majlis Perwakilan Pelajar 23 dan 24hb Febuari 2013
  5. Mesyuarat Pemilihan YDP Unisel pada 27hb Feb 2013
  6. Majlis Perlantikan MPP pada 5 Mac 2013
Saya memenangi kerusi fakulti bersama-sama seorang lagi calon iaitu, Nur Shahzelin Niza. In Shaa Allah saya akan melaksanakan tanggungjawab ini dengan beramanah dan bersungguh-sungguh kerana amanah dan tanggungjawab adalah suatu hal yang sangat berat dan tinggi nilainya di dalam Islam.

Setiap manusia diberikan tanggungjawab serta amanah yang perlu dipikulnya bagi menyempurnakan misinya sebagai hamba Allah dan Khalifah-Nya di bumi ini. Seperti firman Allah S.W.T :

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَخُونُواْ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوٓاْ أَمَـٰنَـٰتِكُمۡ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui."
(Surah al-Anfal 8:27)

Moga-moga segala urusan dipermudahkan Allah. Aminnn.. :)

Suka entri nie? Kalau suka Klik 'Like' bole?

Sunday 10 February 2013

Text Sesi Pengenalan Calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISEL 2013/2014

Assalamualaikum w.b.t .

Saya Muhamad Zaki Bin Khairul 2x, daripada fakulti perniagaan mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia atau dalam bahasa Inggeris Bachelor of Human Resources Management (BHRM). Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 24 Mei 1992. Menetap dan dibesarkan di Gombak, Selangor sehingga ke hari ini.

Apalah gunanya saya menabur janji hari ini jika kelak saya tidak mampu melaksanakannya kerana setiap bait-bait kata akan dipersoalkan di akhirat kelak. Namun, dengan kemampuan tulang empat kerat, sepasang kaki dan tangan anugerah yang Allah kurniakan ini, saya akan berusaha melakukan yang terbaik untuk membela suara mahasiswa. Izinkan saya yang kecil molek yang berada di hadapan kalian semua untuk membentangkan manifesto yang saya fikir boleh diperjuangkan bersama.

Mohon perhatian,
Pertama, Membawa isu berkaitan PTPTN dan tajaan lain untuk diambil perhatian oleh pihak pengurusan. Isu ini sering kali kita dengar pada setiap semester. Mana perginya pihak pengurusan ? Duit lambat masuklah, terlebihlah terkuranglah. Kadang-kadang jumlah yang kita dapat, tak sama seperti yang sepatutnya kita dapat. Oleh itu, saya akan berusaha memperjuangkan isu ini demi kebaikan mahasiswa sekaligus menggesa peningkatkan keberkesanan sistem yang digunakan oleh Unisel. Mahasiswa ada hak. Ini duit kita ! Kita yang akan balik nanti ! Betul tidak ?

Kedua, Mengusulkan cadangan penurapan jalan di dalam kampus. Sahabat sekalian. Kalau kita tengok jalan yang ada di dalam kampus ini perpasir ! Berlubang-lubang ! Baru-baru ini,  seorang rakan serumah saya kemalangan di dalam kampus. Sebab apa ? Sebab jalan berpasir ! Bukan setakat kemalangan. Tayar pun boleh rosak ! Siapa yang susah ? Kita jugak yang susah ! In Shaa Allah saya akan membawa hal ini kepada pihak pengurusan untuk diambil tindakan lanjutan.

Ketiga, Mengutarakan masalah tempat parking yang terhad. Kalau kita lihat bilangan kenderaan yang ada di dalam kampus ini sangat banyak berbanding bilangan tempat parking yang disediakan. In Shaa Allah, jika saya dipilih nanti saya akan mengutarakan masalah ini kepada pihak pengurusan. Mungkin dengan cara menggesa unit keselamatan membuka pintu pagar di bahagian belakang, atau mungkin juga membuat penambahan parking baru di bahagian atas.

Akhir kata, terima kasih saya ucapkan kerana anda semua sudi meluangkan masa hadir untuk sesi pengenalan calon ini. Dikesempatan ini juga saya ingin mengajak anda semua untuk membuat undian di Dewan Pro-Cancelor pada 6 hari bulan februari ini. Sekian, terima kasih.



Suka entri nie? Kalau suka Klik 'Like' bole?

Friday 8 February 2013

Setiap Manusia Boleh Berubah

Assalamualaikum w.b.t

Di dunia ini tiada manusia yang sempurna dan kerana itu, setiap manusia pernah melakukan kesilapan. Tapi setiap manusia juga mempunyai peluang untuk membetulkan kesilapan dan berubah ke arah kebaikan. Am I right ? Dosa sesama manusia haruslah dipohon keampunan daripada manusia. Manakala dosa kepada Allah haruslah dipohon keampunan kepada Allah. Walau sebesar manapun dosa yang kita lakukan In Shaa Allah diampunkan kerana Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
Sesungguhnya Allah sangat gembira dengan taubat hambaNya daripada gembiranya seorang yang kehilangan bekal bersama untanya di sebuah padang yang tandus kemudian dia mendapatkannya kembali unta itu.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Riwayat tersebut menerangkan bagaimana gembiranya Allah apabila hambaNya yang melakukan dosa lantas segera bertaubat berbanding gembiranya seseorang yang telah mendapatkan kembali untanya selepas kehilangan bekalan dan unta di padang pasir. Begitulah sifat penyayang Allah kepada hambaNya.

Masihku ingat lagi kata-kata seorang kawan apabila kami membincangkan tentang perubahan diri daripada keperihalan lalu yang salah. Katanya,  "Dalam melakukan perubahan, masa lampau dah tak penting lagi. Yang penting ialah meneruskan masa depan tanpa kembali pada yang telah ditinggalkan"

Tertarik dengan satu kisah silam seorang blogger terkenal kat Malaysia ini iaitu Maria Elena. Seorang yang dahulunya berperwatakan selamba, tidak berhijab seperti sekarang dan bebas bergaul antara lelaki dan perempuan. Saya nak kongsikan kat sini post yang diambil dari blog beliau sendiri yang bertajuk PEGANG PEGANG . Moga-moga ada manfaat. :)

Suka entri nie? Kalau suka Klik 'Like' bole?

Sunday 3 February 2013

Aku Kembali !!

Assalamualaikum w.b.t

Janggal rasanya ber-blog semula setelah hampir setahun (kalau tak silap) berhenti daripada blogging. Tapi itu pun sebulan jaa posting. Hahaha. In Shaa Allah lepas nie ada lah masa nak blogging semula lagi-lagi lepas dah pasang UNIFI UNLIMITED nie. Semua previous post (8 je) dah dipadam atas sebab penjenamaan semula blog ini. Wahhhh ! Gitu ! Haha. Sebenarnya sama jerrr cuma post-post sebelum nie banyak fakta yang lama dan tak update.

Sebenarnya blogging nie memang best ! First skali, blogging nie tempat kita menyampaikan sesuatu perkara atau isu. Ada yang berblog untuk bercerita pengalaman masing-masing, ada yang menyampaikan fakta dan berita, dan ada jugak yang menggunakan blog untuk business. Acane tu ?? Senang jerrr.. Kalau terbaca blog  banyak dialog tu, CONFIRM ! pasal pengalaman atau erti kata lain, diari harian. Hahaha. Lagi satu, kalau ada penggunaan bahasa yang sempurna takda dialek, shortform dan campur-campur bahasa, haa tu fakta la (kot.haha..) Kalau ada banyak iklan-iklan, kata-kata pujukan (belajar bahasa lah pulak) tu blog pasal business lahh.

Selain itu, blogging jugak tempat kita dapat kenalan baru dan bertukar pendapat. Tak caya, tanya laa follower yang ada. Bloggers semua baik-baik dan friendly. BETUL ! Selalu comment bagi pendapat dan yang paling baik siap ada give away. Haa macam-macam dorang bagi. Ada yang bagi tiket wayang percuma, voucher dan coupon. Tapi kena laa baik dengan dorang dan selalu bagi feedback supaya orang lain pun aktif dengan blog korang. Lagi-lagi yang newbies dalam arena blog nie kena banyak-banyak mintak pendapat senior.

"Blogging boleh buat kita famous, glamour ke ?? Macam mana nak jadi top blogger ??" Pasti itu yang bermain dalam fikiran sesetengah orang terutama mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia blogging. Itu lahh sebenarnya kelebihan lain berblog. Percaya atau tak, blogger pun boleh jadi terkenal setanding artis. Contohnya, Maria Elena dan abang Ben Ashaari.

Okay. Takat nie jaa. :)

Suka entri nie? Kalau suka Klik 'Like' bole?