Pages

Sunday 10 February 2013

Text Sesi Pengenalan Calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISEL 2013/2014

Assalamualaikum w.b.t .

Saya Muhamad Zaki Bin Khairul 2x, daripada fakulti perniagaan mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia atau dalam bahasa Inggeris Bachelor of Human Resources Management (BHRM). Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 24 Mei 1992. Menetap dan dibesarkan di Gombak, Selangor sehingga ke hari ini.

Apalah gunanya saya menabur janji hari ini jika kelak saya tidak mampu melaksanakannya kerana setiap bait-bait kata akan dipersoalkan di akhirat kelak. Namun, dengan kemampuan tulang empat kerat, sepasang kaki dan tangan anugerah yang Allah kurniakan ini, saya akan berusaha melakukan yang terbaik untuk membela suara mahasiswa. Izinkan saya yang kecil molek yang berada di hadapan kalian semua untuk membentangkan manifesto yang saya fikir boleh diperjuangkan bersama.

Mohon perhatian,
Pertama, Membawa isu berkaitan PTPTN dan tajaan lain untuk diambil perhatian oleh pihak pengurusan. Isu ini sering kali kita dengar pada setiap semester. Mana perginya pihak pengurusan ? Duit lambat masuklah, terlebihlah terkuranglah. Kadang-kadang jumlah yang kita dapat, tak sama seperti yang sepatutnya kita dapat. Oleh itu, saya akan berusaha memperjuangkan isu ini demi kebaikan mahasiswa sekaligus menggesa peningkatkan keberkesanan sistem yang digunakan oleh Unisel. Mahasiswa ada hak. Ini duit kita ! Kita yang akan balik nanti ! Betul tidak ?

Kedua, Mengusulkan cadangan penurapan jalan di dalam kampus. Sahabat sekalian. Kalau kita tengok jalan yang ada di dalam kampus ini perpasir ! Berlubang-lubang ! Baru-baru ini,  seorang rakan serumah saya kemalangan di dalam kampus. Sebab apa ? Sebab jalan berpasir ! Bukan setakat kemalangan. Tayar pun boleh rosak ! Siapa yang susah ? Kita jugak yang susah ! In Shaa Allah saya akan membawa hal ini kepada pihak pengurusan untuk diambil tindakan lanjutan.

Ketiga, Mengutarakan masalah tempat parking yang terhad. Kalau kita lihat bilangan kenderaan yang ada di dalam kampus ini sangat banyak berbanding bilangan tempat parking yang disediakan. In Shaa Allah, jika saya dipilih nanti saya akan mengutarakan masalah ini kepada pihak pengurusan. Mungkin dengan cara menggesa unit keselamatan membuka pintu pagar di bahagian belakang, atau mungkin juga membuat penambahan parking baru di bahagian atas.

Akhir kata, terima kasih saya ucapkan kerana anda semua sudi meluangkan masa hadir untuk sesi pengenalan calon ini. Dikesempatan ini juga saya ingin mengajak anda semua untuk membuat undian di Dewan Pro-Cancelor pada 6 hari bulan februari ini. Sekian, terima kasih.



Suka entri nie? Kalau suka Klik 'Like' bole?

Friday 8 February 2013

Setiap Manusia Boleh Berubah

Assalamualaikum w.b.t

Di dunia ini tiada manusia yang sempurna dan kerana itu, setiap manusia pernah melakukan kesilapan. Tapi setiap manusia juga mempunyai peluang untuk membetulkan kesilapan dan berubah ke arah kebaikan. Am I right ? Dosa sesama manusia haruslah dipohon keampunan daripada manusia. Manakala dosa kepada Allah haruslah dipohon keampunan kepada Allah. Walau sebesar manapun dosa yang kita lakukan In Shaa Allah diampunkan kerana Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
Sesungguhnya Allah sangat gembira dengan taubat hambaNya daripada gembiranya seorang yang kehilangan bekal bersama untanya di sebuah padang yang tandus kemudian dia mendapatkannya kembali unta itu.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Riwayat tersebut menerangkan bagaimana gembiranya Allah apabila hambaNya yang melakukan dosa lantas segera bertaubat berbanding gembiranya seseorang yang telah mendapatkan kembali untanya selepas kehilangan bekalan dan unta di padang pasir. Begitulah sifat penyayang Allah kepada hambaNya.

Masihku ingat lagi kata-kata seorang kawan apabila kami membincangkan tentang perubahan diri daripada keperihalan lalu yang salah. Katanya,  "Dalam melakukan perubahan, masa lampau dah tak penting lagi. Yang penting ialah meneruskan masa depan tanpa kembali pada yang telah ditinggalkan"

Tertarik dengan satu kisah silam seorang blogger terkenal kat Malaysia ini iaitu Maria Elena. Seorang yang dahulunya berperwatakan selamba, tidak berhijab seperti sekarang dan bebas bergaul antara lelaki dan perempuan. Saya nak kongsikan kat sini post yang diambil dari blog beliau sendiri yang bertajuk PEGANG PEGANG . Moga-moga ada manfaat. :)

Suka entri nie? Kalau suka Klik 'Like' bole?

Sunday 3 February 2013

Aku Kembali !!

Assalamualaikum w.b.t

Janggal rasanya ber-blog semula setelah hampir setahun (kalau tak silap) berhenti daripada blogging. Tapi itu pun sebulan jaa posting. Hahaha. In Shaa Allah lepas nie ada lah masa nak blogging semula lagi-lagi lepas dah pasang UNIFI UNLIMITED nie. Semua previous post (8 je) dah dipadam atas sebab penjenamaan semula blog ini. Wahhhh ! Gitu ! Haha. Sebenarnya sama jerrr cuma post-post sebelum nie banyak fakta yang lama dan tak update.

Sebenarnya blogging nie memang best ! First skali, blogging nie tempat kita menyampaikan sesuatu perkara atau isu. Ada yang berblog untuk bercerita pengalaman masing-masing, ada yang menyampaikan fakta dan berita, dan ada jugak yang menggunakan blog untuk business. Acane tu ?? Senang jerrr.. Kalau terbaca blog  banyak dialog tu, CONFIRM ! pasal pengalaman atau erti kata lain, diari harian. Hahaha. Lagi satu, kalau ada penggunaan bahasa yang sempurna takda dialek, shortform dan campur-campur bahasa, haa tu fakta la (kot.haha..) Kalau ada banyak iklan-iklan, kata-kata pujukan (belajar bahasa lah pulak) tu blog pasal business lahh.

Selain itu, blogging jugak tempat kita dapat kenalan baru dan bertukar pendapat. Tak caya, tanya laa follower yang ada. Bloggers semua baik-baik dan friendly. BETUL ! Selalu comment bagi pendapat dan yang paling baik siap ada give away. Haa macam-macam dorang bagi. Ada yang bagi tiket wayang percuma, voucher dan coupon. Tapi kena laa baik dengan dorang dan selalu bagi feedback supaya orang lain pun aktif dengan blog korang. Lagi-lagi yang newbies dalam arena blog nie kena banyak-banyak mintak pendapat senior.

"Blogging boleh buat kita famous, glamour ke ?? Macam mana nak jadi top blogger ??" Pasti itu yang bermain dalam fikiran sesetengah orang terutama mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia blogging. Itu lahh sebenarnya kelebihan lain berblog. Percaya atau tak, blogger pun boleh jadi terkenal setanding artis. Contohnya, Maria Elena dan abang Ben Ashaari.

Okay. Takat nie jaa. :)

Suka entri nie? Kalau suka Klik 'Like' bole?