Pages

Sunday 10 February 2013

Text Sesi Pengenalan Calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISEL 2013/2014

Assalamualaikum w.b.t .

Saya Muhamad Zaki Bin Khairul 2x, daripada fakulti perniagaan mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia atau dalam bahasa Inggeris Bachelor of Human Resources Management (BHRM). Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 24 Mei 1992. Menetap dan dibesarkan di Gombak, Selangor sehingga ke hari ini.

Apalah gunanya saya menabur janji hari ini jika kelak saya tidak mampu melaksanakannya kerana setiap bait-bait kata akan dipersoalkan di akhirat kelak. Namun, dengan kemampuan tulang empat kerat, sepasang kaki dan tangan anugerah yang Allah kurniakan ini, saya akan berusaha melakukan yang terbaik untuk membela suara mahasiswa. Izinkan saya yang kecil molek yang berada di hadapan kalian semua untuk membentangkan manifesto yang saya fikir boleh diperjuangkan bersama.

Mohon perhatian,
Pertama, Membawa isu berkaitan PTPTN dan tajaan lain untuk diambil perhatian oleh pihak pengurusan. Isu ini sering kali kita dengar pada setiap semester. Mana perginya pihak pengurusan ? Duit lambat masuklah, terlebihlah terkuranglah. Kadang-kadang jumlah yang kita dapat, tak sama seperti yang sepatutnya kita dapat. Oleh itu, saya akan berusaha memperjuangkan isu ini demi kebaikan mahasiswa sekaligus menggesa peningkatkan keberkesanan sistem yang digunakan oleh Unisel. Mahasiswa ada hak. Ini duit kita ! Kita yang akan balik nanti ! Betul tidak ?

Kedua, Mengusulkan cadangan penurapan jalan di dalam kampus. Sahabat sekalian. Kalau kita tengok jalan yang ada di dalam kampus ini perpasir ! Berlubang-lubang ! Baru-baru ini,  seorang rakan serumah saya kemalangan di dalam kampus. Sebab apa ? Sebab jalan berpasir ! Bukan setakat kemalangan. Tayar pun boleh rosak ! Siapa yang susah ? Kita jugak yang susah ! In Shaa Allah saya akan membawa hal ini kepada pihak pengurusan untuk diambil tindakan lanjutan.

Ketiga, Mengutarakan masalah tempat parking yang terhad. Kalau kita lihat bilangan kenderaan yang ada di dalam kampus ini sangat banyak berbanding bilangan tempat parking yang disediakan. In Shaa Allah, jika saya dipilih nanti saya akan mengutarakan masalah ini kepada pihak pengurusan. Mungkin dengan cara menggesa unit keselamatan membuka pintu pagar di bahagian belakang, atau mungkin juga membuat penambahan parking baru di bahagian atas.

Akhir kata, terima kasih saya ucapkan kerana anda semua sudi meluangkan masa hadir untuk sesi pengenalan calon ini. Dikesempatan ini juga saya ingin mengajak anda semua untuk membuat undian di Dewan Pro-Cancelor pada 6 hari bulan februari ini. Sekian, terima kasih.



Suka entri nie? Kalau suka Klik 'Like' bole?

2 comments:

Sayidah Napisah said...

ayat mantop! saya undi zaki. :)

Muhamad Zaki khairul said...

cehhh. hehe. dah rajin dah. teruskan :) key belum sempat lg nak blogwalking :D